Showing posts with label ArieyWee. Show all posts
Showing posts with label ArieyWee. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

Puisi Wanita Besi Persis Dia | ArieyWee

0 komentar

Wanita Besi Persis Dia
ArieyWee

Kalau mahu dihitung
satu demi satu
tak larat.
Banyak yang kena tengok
sebabkan orang tak tahu
erti penat lelah dia.
tak dibilangnya pada semua
tak ada wujudnya "tidak".

Di mana dia cuba saja
berusaha gigih tak mengeluh
biar berat
dia pendam.
Pasti ramaikan
orang seronok mengata
hidup dia mahu dunia ini sahaja.

Silap.

Di carinya syurga
celah mana?
di carinya keluarga
ada.

dia satu wanita dalam seribu
ber"title" anak-isteri dan ibu.
semua "title" milik dia
ada tiga lelaki.

Jangan dibilang dia tidak kuat
kau begitu silap.
tak kiralah manusia sekaya dunia
kau upah jatuhkan dia
bertubi-tubi melumpuhkan wanita besi
persis dia
kau akan kenal apa itu sia-sia.

Mengata orang memang mudah
lihat jatuhnya dia memang syok
tapi kita lupa
manusia tak sempurna
kalau ada cacat celanya
kita juga akan jatuh.
Yang ada anak isteri dan suami
jagalah mereka
didengki jangan.
Dia bukan wanita bermulut manis
kenal ayat berpuitis
hidup ini dia yang punya
kita punya ada.

Masing-masing jaga
apa yang ada itu milik kita
satu untuk dia
satu untuk kita seorang satu
semua sama.
tak kurang tak lebih.

Di mana mahu kucari
wanita besi persis dia?

Sarawak, 1 April 2013


Wednesday, March 13, 2013

Puisi Bersalah | ArieyWee

0 komentar

Bersalah
ArieyWee

Satu-persatu
mereka pergi
tak ada ribut
tak ada angin,
hilang.

Berkali-kali
mungkinkah salahku
silap menghargai
leka
lalai.

Aku hanya hidup di dunia
sebagai insan biasa
tidak tegar
menahan
bertahan
aku mahukan kebebasan!

Maret 2013


Puisi Aku Tak Suka | ArieyWee

0 komentar

Aku Tak Suka
ArieyWee

Sudah tentu kalau rahsia terbocor
orang suka korek lagi dalam
korek lagi;
esok lusa pergi berjaja.
Jual ayam-ikan-sayur aku puji
cuma,
jangan berjaja aib orang.
aib bukan dibeli;
bukan dijual.
Tak timbul hukum demand dan supply,
tak tahulah kalau "tumbang" subjek Ekonomi
tak untung tak rugi.

Maret 2013


Wednesday, March 6, 2013

Puisi Tergelak | ArieyWee

0 komentar

Tergelak
ArieyWee

Mengimbau kenangan lama;
tergelak besar
lama-lama
gelak tawa itu hilang,
sejarah hitam
membawa separuh dariku
tenggelam dalam kegelapan.

Maret 2013


Puisi Tentang Keluarga | ArieyWee

0 komentar

Keluarga
ArieyWee

Pagi yang riuh
suara mereka bertempikan
berlumba-lumba
mencari hasil sendiri,
tegur dan salam
senyum dan berpelukan
gembira!
Ibaratnya bagai keluarga
tak kira berbangsa apa
tak kira warna kulitnya
merekalah keluarga.

Maret 2013


Monday, January 7, 2013

Puisi "Pergi" | Meninggalkan Nama dan Kenangan

0 komentar

sumber gbr : dakwatuna.com

Pergi
ArieyWee

Pergi tetaplah ia pergi
tak bisa sesiapapun
menghadang
biar badan segagah Badang.

Pergi tetaplah ia pergi
meninggalkan nama
meninggalkan kenangan;
pulanglah membawa bekalan
mengadap Tuhan.

-6Jan2013-

Puisi Selamat Hari Lahir buat Abang! | ArieyWee

0 komentar


Selamat Hari Lahir buat Abang!
ArieyWee

Walau jauh
tak di hadapan mata;
dengar ya?

Lama merindu
tak sempat bertanya
khabar kamu di sana;
kau masih lagi mendengar?


-6Jan2013-

Monday, December 31, 2012

Puisi Aku dan Tuhanku | ArieyWee

0 komentar


Aku dan Tuhanku!
ArieyWee

Pandangan mata sayu
menceritakan perasaan antara
sedih, sesal dan pilu
membenam jauh di lubuk hati,

Kukhayal dengan kepalsuan dunia
menjadikan diri manusia derhaka
aku lupa aku leka;
Hidup bergelumangan dosa
sedarku cumalah seketika
ketika resah barulah kumenuju
pulang ke jalan Tuhanku!

jurangnya ketara;
sedangkan Dia kasih padaku
sedangkan Dia pelindungku
sedangkan Dia penentu takdirku.
Rimbunan dosa;
layakkah aku menghidu wangian syurgaMu?
segalanya tercatat, tercoret
aku yang angkuh, jahil dan ingkar
di lembah usiaku
hanya mengutip dosa,

Aku beratkan kaki melangkah ke rumahMu
aku pekakkan telinga mendengar azanMu,
aku melekakan tubuh badan untuk melakukan fardhuMu
aku membutakan mata untuk melihat
dan aku juga membisukan bibir untuk membaca Al-quran Mu!
sehingga ada yang mengalun kalimah merdu
rahmatMu Ya Tuhanku!
mengatasi segalanya
tersentak aku dari lamunan panjang
membangkitkan untuk menuju keinsafan
tika dalam diri kealpahan
tika hati penuh keraguan.

24 Disember 2012

Thursday, August 5, 2010

Kerana Perpisahan Ini | Puisi Bertema Perpisahan | ArieyWee

0 komentar



Kerana Perpisahan Ini
By : ArieyWee

Kerana perpisahan ini,
kami terasa disakiti,
rindu, sayang dan kasih yang tercurah,
pergi dan wujudnya untuk menyenangkan hati,
kenapa harus kami menderita begini,
perpisahan seperti kala ini,
belum pernah menyakiti hati,
kerana belum ada yang mengerti,
erti perpisahan.

Kerana perpisahan ini,
kami mula rindu-merindui,
menatapi potret untuk merasakan ketenangan,
terasa kehangatan air mata,
perlahan-lahan bertitisan di pipi,
dan ketika itu,
kami mula mengerti saat perpisahan,
sakit, terlalu sakit,
perihnya menusuk jauh ke sanubari,
terasa ngilu hirisan di celahan hati.

Kerana perpisahan ini,
kami mengukirkan janji,
takkan pernah mengabdikan kekayaan,
kami saling sayang-menyayangi,
ketika perlu,
kami hadir membuka ruang untuk mereka,
kenal erti perpisahan,
kenal erti kasih sayang,
sepi tak tertanggung kian menahan rindu,
hanya doa dan air mata,
mengiringi liku kehidupan ini,
dan biarlah perpisahan ini,
terpahat di dalam hati,
agar mereka mengerti,
kamilah yang merasai kesakitan ini.


Tag : Everything Is Gone, Sejujur Bicara, Tiada Seindah Mimpi



Tuesday, July 6, 2010

EVERYTHING IS GONE | ArieyWee

0 komentar

EVERYTHING IS GONE
ArieyWee

I still remember your last call,
I heard your husky voice calling my name,
and asked me,
“will you be mine forever?”

You’re ask for forgiveness,
but I didn’t gave any respons,
you hurt me,
not once but always,
you said it was a mistake,
so I just remain silence.

You’re crying,
I try to laugh,
but I can’t,
you’re begging me return to the past,
no more tears,
I just stay cool,
and look into your deep eyes.

Nothing I can do for it,
I’m not a loser either a winner,
I’m not a champion but I try to calm myself,
I can still hear your voice,
and I missed it,
no more your smile,
no more tears.


Puisi Sejujur Bicara | ArieyWee

0 komentar

Sejujur Bicara
ArieyWee

Aku insan alpa,
hamba yang lemah,
melakukan setiap kesalahan,
tanpa menggunakan akal,
untuk aku berfikir,
mentafsir unsur kejadian,
yang menimpaku.

Air mata seorang hamba,
gugurnya tanda kelemahan,
ditindas perasaan sendiri,
kalah dengan kata janji diri,
terkulai di hujung nun di sana,
merana keseorangan.

Mampukah aku menebus segalanya?
segala dosa-dosaku pada-Nya,
menderhaka kepada-Nya,
melakukan larangan-Nya,
yang telah ditetapkan oleh-Nya.


Sujudku di tikar kecil ini,
mengangkat tangan dan berdoa,
sungguh ku hanya hamba lemah,
terlalu kerdil,
dan aku rebah dalam tangisan,
dalam hati mengukir keampunan,
untuk Kau mengampunkanku.


Wednesday, June 30, 2010

Puisi Tiada Seindah Mimpi | ArieyWee

0 komentar


TIADA SEINDAH MIMPI

Bersembunyi di sebalik senyuman,
aku bermonolog di dalam hati,
seksa tak terkira,
peritnya tak tertanggung.

Aku merasa sepi menangis pilu,
memejam mata sakitnya hati,
mana mungkin mereka tahu apa yang aku rasa.
Dendamku, dukaku, benciku,
segalanya aku tanamkan di dasar hati,
ku timbuskan dengan perasaan bahagia menutupi
itu semua,
hanya untuk mengaburi mata mereka sedangkan aku,
masih terluka.

Kiriman : ArieyWee


 

kumpulan karya Puisi | Copyright 2010 - 2016 Kumpulan Karya Puisi |