Kerana Perpisahan Ini
By : ArieyWee
Kerana perpisahan ini,
kami terasa disakiti,
rindu, sayang dan kasih yang tercurah,
pergi dan wujudnya untuk menyenangkan hati,
kenapa harus kami menderita begini,
perpisahan seperti kala ini,
belum pernah menyakiti hati,
kerana belum ada yang mengerti,
erti perpisahan.
Kerana perpisahan ini,
kami mula rindu-merindui,
menatapi potret untuk merasakan ketenangan,
terasa kehangatan air mata,
perlahan-lahan bertitisan di pipi,
dan ketika itu,
kami mula mengerti saat perpisahan,
sakit, terlalu sakit,
perihnya menusuk jauh ke sanubari,
terasa ngilu hirisan di celahan hati.
Kerana perpisahan ini,
kami mengukirkan janji,
takkan pernah mengabdikan kekayaan,
kami saling sayang-menyayangi,
ketika perlu,
kami hadir membuka ruang untuk mereka,
kenal erti perpisahan,
kenal erti kasih sayang,
sepi tak tertanggung kian menahan rindu,
hanya doa dan air mata,
mengiringi liku kehidupan ini,
dan biarlah perpisahan ini,
terpahat di dalam hati,
agar mereka mengerti,
kamilah yang merasai kesakitan ini.
Tag : Everything Is Gone, Sejujur Bicara, Tiada Seindah Mimpi
Thursday, August 5, 2010
Kerana Perpisahan Ini | Puisi Bertema Perpisahan | ArieyWee
Thursday, August 05, 2010 Diposting oleh kumpulankaryapuisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment