NIKMAT MERDEKA SEBUAH NEGARAShaari A.BBegitu Nyaman Menghela Nafas Di Negara BertuahKuntum Mewangi Pembangunan Berkembang Menghias TamanTerpugar Kemajuan Meninggalkan Zaman PenjajahSeluruh Desa Dan Kota Bertukar Wajah.Malaysia Dalam Suratan Sejarah Pecah PerintahTunduk Menyembah Pantang Membantah Apa DiarahMelawan Ke Pihak Benar Derhaka Terima PadahAnak Kecil Disuntik Ketakutan Sejak Di buaianDigambarkan Melayu Duduk Cari Kutu Sengaja Dilemah LayuJangan Gundah Ilmu Setakat Hanya Sekolah RendahApabila Besar Panjang Hanya Bantu Bapa Di Sawah.Mahkota Merdeka Ini Membawa Limpah RahmatRancang Atur Pembangunan Membawa MatlamatLadang Minda Dibuka Merata Usaha, TerbinaSiang Dan Malam Dipupuk Semangat JuangMenghimpun Cerdik Pandai Mengisi Pekerjaan,Rezeki Bertambah Habuan Keluarga Tumpang Bahagia.Bersyukur Kita Atas Nikmat DikecapiAkal Budi Meluas Laut BicaraJangan Disebut Pisang Berbuah Dua KaliJangan Lagi Mengkapan Jenazah Karung GuniJangan Ziarah Keluarga Secebis Kain Bertukar GantiJangan Jelapang Padi Luas Bergilirkan UbiBila Alu Dan Lesung Bertingkah BunyiPadi Tumpah, Ayam Bersoarak, Periuk Tidak BerisiTatang Dan Sayangilah Mahkota Merdeka Ini Sepenuh ErtiHindarkan Dengki Ke Tepi, Untung Sama BerbahagiPada Seluruh Warga Bangsa Malaysia TercintaWangikan Kuntum Perpaduan Ini Berkurun Harum.Nukilan:Shaari A.BAntologi Puisi Sayembara DeklamasiPuisi Bulan Kemerdekan JAMUNG MERDEKAMalaysia
Thursday, March 27, 2014
Puisi Nikmat Merdeka Sebuah negara | Shaari A.B
Thursday, March 27, 2014 Diposting oleh kumpulankaryapuisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment